HJ SHUKRI ONLINE

Ilmu Ibadah Haji & Umrah

Home | Promosi | Berkenalan | Ruangan Ilmiah | Hubungi | Album | Link

Ilmu yang perlu ditekankan di dalam persediaan menjadi Tetamu Allah di Tanah Suci

 

Haji & Umrah bukan terlalu susah seperti yang disangkakan. Kenapa?

 

Pertama : Walau sebanyak mana pun yang kita belajar tentang ibadah Haji & Umrah, sehingga 16 minggu dalam Kursus Haji Bersiri, di tambah lagi dengan Kursus Haji Intensif dan Kursus Haji Perdana, tetapi kerja-kerja Haji & Umrah  tidak lebih dari 3 perkara sahaja:

  1. Rukun Haji / Umrah
  2. Wajib Haji / Umrah
  3. Sunat Haji / Umrah

Tidak sempurna perkara Rukun Haji / Umrah akan menyebabkan Haji / Umrah itu tidak sah sama sekali. Jika tidak sempurna perkara Wajib Haji / Umrah, haji/umrah itu sah tetapi akan dikenakan dam dengan syarat-syaratnya. Tetapi jika tidak sempurna perkara Sunat, haji / umrah itu tetap sah dan tidak dikenakan dam, cuma mungkin kurang pahala sunat berkenaan.

 

Kedua : Semua Rukun dan Wajib Haji & Umrah adalah di dalam bentuk perbuatan malah tidak ada satu bacaan pun yang hukumnya wajib, malah semuanya adalah sunat belaka. 

 

Perkara ini sangat penting diberi penekanan kerana kadang-kadang terdapat juga di kalangan jemaah haji / umrah kita yang menekankan soal perkara sunat lebih dari perkara rukun dan wajib.

 

Walaubagaimanapun, di bawah di senaraikan secara umum perkara-perkara yang perlu diberikan penekanan sebagai salah satu pra syarat yang awal dalam usaha kita menjana haji / umrah yang mabrur...: 

 

  1. Falsafah & Matlamat Haji & Umrah .
  2. Syarat Wajib, Syarat Sah Haji & Umrah .
  3. Rukun, Wajib & Sunat Haji & Umrah .
  4. Kaifiat Kerja-kerja Haji & Umrah & syarat
    • Tawaf
    • Sai’e
  5. lIhram, Larangan Ihram & Dam
  6. Wudhu’ Hambali
  7. Solat: 
    • Jama’ Qasar
    • di atas kenderaan/ dalam kapal terbang
    • ketika sakit
    • jenazah
  8. Perbezaan mazhab / qiraat
  9. Perbezaan adat dan budaya bangsa lain

 Penting !!

  • Tidak buat sesuatu amalan tanpa ilmu
  • Tidak terikut-ikut
  • Tidak terpengaruh
  • Rujuk kepada yang tahu…

Enter supporting content here