HJ SHUKRI ONLINE

PERSEDIAN HAJI DAN UMRAH

Home | Promosi | Berkenalan | Ruangan Ilmiah | Hubungi | Album | Link

10 PERSEDIAN SEBELUM KE TANAH SUCI

1. Niat Yang Ikhlas

Ikhlas didalam niat adalah asas penerimaan segala ibadat .

Ikhlas membersihkan jiwa yang hendak menghampiri Allah dari segala campuran yang terdorong kepada oleh nafsu seperti:

q       Ria’

q       Ujub

q       Sum’ah

Berkata Al-Fadhil bin ‘Ayyadh: Amalan yang dimakbulkan oleh Allah: “Amalan yang ikhlas dan yang betul” . Amalan yang ikhlas dan betul itu ialah semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah Rasul.”

 

2. Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman

Hendaklah bersungguh-sungguh bertaubat dari maksiat dan segala  yang  dibenci oleh Allah, melazimi lidah dengan sentiasa beristighfar dan berusaha serta berazam untuk meninggalkannya selama-lamanya.

 

3. Selesaikan Hak-Hak Allah

q       Solat

q       Zakat

q       Nazar

q       Kifarat

q Fidyah

 

 

4. Selesaikan Hak-hak Manusia

q       Meminta maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan

q       Menyelesaikan hutang-hutangnya, atau mewakilkannya kepada orang lain untuk ditunaikan hutang-hutangnya itu

q       Meminta  halal  dari  orang  yang  ia  berurusan  dengan   mereka  dan sahabat handainya,

q       Mengembalikan   segala   amanah  yang  ada  didalam kekuasaannya

q       Menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan dengannya – wasiat, hibbah, sepencarian dan sebagainya,

q       Menulis   wasiat  sama ada  yang  bersangkut  dengan   hak-hak  Allah maupun dengan hak-hak hamba dan dipersaksikan wasiat itu.

q       Membekalkan belanja untuk keluarga dan  orang-orang  yang  dibawah  tanggungannya yang mencukupi sehingga sekembalinya

 

5. Mencari Keredhaan

Berusaha mencapai keredaan:

q       Ibubapa

q       Suami

q       Guru-guru

q       Kaum  kerabat

q       Sahabat handai

 

 6. Memperbaiki Diri

q       Latih memahami kehendak haji

q       Buang sifat-sifat buruk, sifat-sifat keji, melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi segala bentuk larangan Allah

q       Jangan menunggu perubahan setelah sampai ke Tanah Suci atau selepas selesai mengerjakan haji, tetapi ubah diri kita dahulu dari sekarang mengikut matlamat yang digariskan oleh kehendak ibadah haji.

q       Lazimkan diri ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, sebelum kita dapat melaksanakan solat berjemaah di Masjidil Haram atau solat 40 waktu di Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah,

q       Banyak membaca Al-Qur’an, berdoa dan beri’tikaf sebelum melaksanakan Tawaf dan bermunajat di Masjidil Haram

q       Jika tidak diperbaiki terlebih dahulu, maka inilah antara sebab ramai jemaah haji yang kecundang, tewas ketika berada di Tanah Suci.

 

 7. Punca Perbelanjaan

Wang perbelanjaan hendaklah daripada yang halal, tidak syubhah dan tidak haram. Jika ia mengerjakan haji dengan wang yang haram:

Imam Shafie,Imam Malik dan Imam Abu Hanifah dan Jumhur Ulama’ salaf dan khalaf  - sah hajinya pada zahir tetapi ianya tidak akan menjadi haji yang mabrur, jauh dari diterima oleh Allah Ta’ala

Imam Ahmad Ibnu Hambal - tiada sah hajinya dengan harta yang haram

 

 

8. Mencari Rakan Dan Teman

Carilah rakan-rakan dan teman:

q       Sesuai dan boleh diharapkan

q       Cenderung  kepada kebajikan 

q       Dapat membantu menyempurnakan ibadah

 Sabda Nabi S.A.W.

“Sebaik-baik rakan ialah bila kita lupa dia ingatkan dan bila kita ingat ia membantu”

 

 

9. Mempelajari Kaifiat Mengerjakan Haji

q       Mempelajari  kaifiatnya iaitu segala rukun-rukun, syarat-syarat, wajib-wajib dan yang haram didalam ihram dan yang merosakkan.

q       Hukumnya adalah FARDHU ‘AIN, tidak sah ibadah mereka yang tiada mengetahuinya.

q       Rajin  bertanya.

q       Jangan sekali-kali terikut-ikut.

q       Ada rujukan - kitab/buku yang menerangkan amalan haji. Selalu membaca & mengulangkaji

 

 10. Berdoa dan bertawakal kepada Allah          

 

Enter supporting content here